Bukit Jalil Stadium

  December 2010 in Kuala Lumpur

Kursus Teknikal Olahraga Master Sempena 16th Asia Master Athletics Championship

Tajuk Ceramah

  • PENGENALAN KEPADA OLAHRAGA MASATER
    Dalam ceramah ini, para peserta telah didedahkan tentang persatuan-persatuan di peringkat dunia (World Masters Athletics - WMA). peringkat Asia (Asia MAsters Athletics - AMA) dan peringkat kebangsaan (Malaysian MAsters Athletic Association - MMAA).

    Acara-acara olahraga serta kategori umur telah diterangkan secara terperinci. Perfoman atlet-atlet master di peringkat dunia, Asia dan kebangsaan telah disampaikan untuk pengetahuan semua peserta.

  • UNDANG-UNDANG WMA & PERATURAN PERTANDINGAN 16TH AMAC
    Dalam ceramah ini, semua peraturan pertandingan 16th AMAC telah diterangkan untuk pengetahuan semua pegawai agar mereka dapat memahami dan menggunakan pengatahuan ini dalam mengadilkejohanan master kelak.

    Selain daripada itu, perbezaan dalam undang-undang IAAF dan WMA telah diterangkan dengan jelasnya supaya kejohanan master dijalankan dengan sistamatik.

  • TAKLIMAT ELEKTRONIK SYSTEM
    Pihak WSL telah menerangkan kemudahan-kemudahan yang akan disediakan oleh pihak mereka untuk menjalankan kejohanan dengan baik. Mereka telah menerangkan bagaimana keputusan dapat disediakan dengan segera.

  • ISU-ISU YANG DIHADAPI OLEH PIHAK PENGELOLA
    Dua orang AMA Teknikal Member dari Thailand dan Singapura yang pernah menjadi Tuan Rumah kejohanan olahraga master Asia telah menerangankan diantara masalah isu yang telah dihadapi semasa mengelola kejohanan ini.

  • PENUTUPAN KURSUS DAN PENYAMPAIAN SIJIL
    Semasa penutupan, Sijil-sijil penyertaan telah disampaikan kepada semua peserta oleh Yang Bebahagia Dato" Haji Abdullah Haji Mohd Dom. Presiden MMAA merangkap Pengerusi Pengelola 16th AMAC.
  • MAKANAN DAM MINUMAN
    Semua peserta telah diberi minuman pagi, makana tengah hari serta minuman petang sepanjang kursus. Kursus telah berjalan dengan lancer, dan semua peserta telah bergembira kerana dapat pengetahuan dan pengalaman yang baharu.

    
    MMAA President
    
    
    
Copyright of Malaysian Masters Athletics Association