Sukan Wanita ke 5

PENDAHULUAN
Malaysian Masters Athletic Association (MMAA) dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dan Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu telah menganjurkan Karnival Sukan Wanita yang Ke-5 pada:

  • Tarikh : 07 April 2012
  • Hari : Hari Sabtu
  • Masa : 8.00 pagi hingga 7.00 malam
  • Tempat : IPG Kampus Bahsa Melayu,
  • Lembah Pantai, Kuala Lumpur.
  • Program pada tahun ini merupakan kali kelima MMAA menganjurkan Karnival ini.

    MATLAMAT
    Kesihatan dan kecergasan merupakan aspek yang penting dalam kehidupan manusia. Kesihatan individu, bergantung kepada tahap kecergasannya. Mengikut Kenneth Cooper, yang digelar sebagai Father of Aerobics “Exercise does not only help you to enjoy the life you have, but also helps you to have more life to enjoy”Inilah yang menjadi matlamat Malaysian Masters Athletic Association atau dalam kata singkat, MMAA menganjurkan seminar-seminar kesihatan dan kecergasan untuk kaum wanita, yang menjadi tunggak kesejahteraan hidup, rakyat Malaysia. Kaum wanita merupakan tulang belakang Negara. Jadi adalah penting untuk memastikan kesihatan dan kecergasan wanita sentiasa dijaga.

    Program Karnival Sukan Wanita yang ke-5 ini adalah merupakan sumbangan Malaysian Masters Athletic Association kepada masyarakat amnya untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kesihatan dan semangat kesukanan dalam kalangan wanita remaja dan master.

    PENYERTAAN
    Seramai 600 orang peserta wanita telah mengambil bahagian dalam program ini. Peserta-peserta ini terdiri daripada atlet-atlet master, dan guru-guru pelatih dari 27 Institut Pendidikan Guru Kampus dari seluruh Malaysia..

    ACARA-ACARA
    Beberapa acara berikut telah diadakan sepanjang hari: Senamrobik; ceramah kesihatan dalam Penyakit Kanser dan Penyakit Puan; Pertandingan Fancy Dress Football dan Larian Lebuhraya.

    MAJLIS PERASMIAN DAN PENUTUPAN
    Majlis Perasmian program ini telah diadakan pada jam 9.00 pagi di Dewan Za’ba, IPG Kampus Bahasa Melayu. Yang Berusaha Puan Wasitah bt Hj Mohd Yusof, Timbalan Ketua Pengarah, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia telah merasmikan program ini mewakili YB Menteri Belia dan Sukan Malaysia. Majlis Perasmian Penutupan telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dr. Lee Boon Hua, Timbalan Rektor, Institut Pendidikan Guru Malaysia.

    HADIAH DAN ANUGERAH
    Pihak Malaysian Masters Athletic Association telah memilih beberapa orang atlet kebangsaan dan bekas kebangsaan serta atlet-atlet master cemerlang wanita untuk menerima anugerah khas bagi tahun ini. Anugerah khas ini dihadiahkah kepada atlet wanita yang telah banyak menyumbang kepada kemajuan sukan Negara dan diberikan pada setiap kali program ini diadakan.

    Selain daripada itu, hadiah telah disediakan untuk pemenang dalam acara Larian Lebuhraya untuk 7 kategori serta Sijil Penyertaan telah diberikan kepada semua peserta yang telah menyertai program ini.

    PENERIMA ANUGERAH KHAS MMAA BAGI TAHUN 2012
    (1) OLAHRAGAWATI DARI 27 IPG KAMPUS
    (2) ATLET MASTER CEMERLANG
  • 1. LEE SHEW KHENG
  • 2. ADENAH LOJUHUN
  • 3. VERONICA ELAU
  • 4. NOORAILEYSHA @ MAITEH SADIMAN
  • 5. JULIANA GUMPIL
  • 6. TAY YU ENG


  • (3) PEMIMPIN MASTER WANITA
  • ASSOCIATE PROF. DR. S. VIJAYALETCHUMY
  • TIMBALAN PRESIDEN PERSATUAN OLAHRAGA MASTER SELANGOR
  • Juga merupakan atlet master dan telah memenangi pingat dalam Kejohanan Olahraga Master Asia.

    2. HABSHA BT ABD MALEK
    NAIB PRESIDEN PERSATUAN OLAHRAGA MASTER JOHOR
    Juga merupakan atlet master dan telah memenangi pingat di peringkat kebangsaan.

    3. MARYEM JOINOL
    SETIAUSAHA KEHORMAT PERSATUAN OLAHRAGA MASTER SABAH
    Juga merupakan atlet master dan telah memenangi pingat dalam Kejohanan Olahraga Master Asia.

    (4) ANUGERAH KHAS UNTUK ATLET KEBANGSAAN

    a. Yang pertama
    ROSLINDA SAMSU:
    Atlet kebangsaan ini berusia 28 tahun, dan masih mewakili Negara dalam acara Lompat Bergalah. Beliau adalah pemegang rekod kebangsaan, iaitu 4.40 meter ,dalam acara Lompat Bergalah. Beliau telah mewakili Negara dalam Sukan Olimpik tahun 2008, di Beijing, Sukan yang berprestij tinggi yang menjadi idaman setiap atlet kebangsaan. Beliau telah berjaya memenangi Pingat Emas dalam Asian Track and Field Championships di Jordan pada tahun 2007, Pingat Perak dalam Sukan Asia Tahun 2006, dan 3 Pingat Emas dalam Sukan SEA tahun 2005, 2009 dan 2011.

    b. Penerima yang Kedua
    ASSOCIATE PROFESSOR DR. SHAMALA K. SUBRAMANIAM:
    Bekas Atlet kebangsaan ini berusia 39 tahun, dan telah mewakili Negara dalam sukan hoki. Pernah menjawat jawatan Setiausaha Persatuan Hoki Wanita Kebangsaan. Terlibat sebagai penceramah dan pengelola pertandingan Hoki peringkat Asia dan Antarabangsa. Telah menjadi Pengerusi Pengelola Sukan Wanita Kebangsaan yang kedua tahun 2007, dan Pengerusi International Women and Sports Conference. Kini beliau bertugas sebagai pensyarah Sains Komputer di Universiti Putra Malaysia.

    c. Penerima yang Ketiga
    RENE WAN @ WAN MEI LING:
    Bekas atlet kebangsaan ini berusia 61 tahun, dan telah mewakili Negara dalam acara 100m dalam Asian Track and Field Championships, di Seoul, Korea pada tahun 1975. Telah menyertai dalam 4 Sukan SEA berturut-turut, pada 1971, 1973, 1975 dan 1977, dan memenangi 1 Pingat Emas, 1 Pingat Perak dan 1 Pingat Gangsa dalam acara 100m dan 4 x 100m. Beliau merupakan jurulatih olahraga bertauliah dan pernah melatih atlet kebangsaan untuk sukan SEA, Suharto Cup, dan ASEAN Relays. Pernah memegang jawatan Pengerusi JK Wanita dalam Malaysian Amateur Athletic Union (MAAU) yang kini dipanggil sebagai Malaysian Athletic Union, tidak lagi ada Amateur.

    d. Penerima Anugerah Khas yang keempat
    ANNIE CHOONG BENG HIOK (78 tahun)
    ATLET WANITA PERTAMA MENYERTAI SUKAN OLIMPIK 1956
    Bekas atlet kebangsaan yang kini berusia 78 tahun. Beliau telah mewakili Malaya dan Malaysia dalam Sukan Asia Tahun 1954 di Manila, dan tahun 1958 di Tokyo, Japan. Acara kegemaran beliau adalah 100m dan Lompat Jauh. Yang paling istimewa tentang atlet ini adalah, beliau merupakan atlet wanita Negara yang pertama dan satu-satunya atlet wanita untuk menyertai dalam Sukan Olimpik Tahun 1956 di Melbourne, Australia . Itulah kali pertama kontingen Negara iaitu Kontingen MALAYA menyertai dalam Sukan Olimpik.

    Beliau juga sangat bertuah kerana dapat bertemu dengan THE GREAT JESSE OWENS , atlet dari Amerika Syarikat yang telah memenangi 4 Pingat Emas dalam Sukan Olimpik Tahun 1936 di Berlin.
    PENYAMPAIAN CENDERAMATA
    Presiden MMAA, YBhg Dato’ Hj Abdullah Hj Mohd Dom, telah menyampaikan cenderamata kepada YBhg Datin Siti Hanifah bt Madarsa, Pengarah IPG Kampus Bahasa Melayu dan kepada tetamu Kehormat dalam Majlis Perasmian.

    ULASAN
    Program Karnival Sukan Wanita Ke-5 telah berjalan dengan lancar secara keseluruhannya dan secara sistematik. Semua peserta telah menghadiri semua acara dengan bersungguh-sungguh dan telah menujukkan semangat yang tinggi. Pada tahun ini sebanyak 11 pasukan (sebelas) telah menyertai dalam Pertandingan Fancy Dress Football. Semua peserta telah mengambil bahagian dalam acara senamrobik dan larian lebuhraya.

    Pada akhir program, peserta-peserta dan para tetamu telah mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada pihak pengelola atas penganjuran yang berkesan. Ramai yang mengatakan mereka sangat seronok menyertai program ini dan harap dapat menyertai pada masa akan datang.

    PENGHARGAAN
    Pihak MMAA merakamkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam penganjuran program ini, terutamanya, Yang Berusaha Puan Wasitah bt Hj Mohd Yusof, Timbalan Ketua Pengarah, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia atas kesudian merasmikan program ini; YBhg Datin Pengarah, Timbalan Pengarah serta semua warga IPG Kampus Bahasa Melayu atas segala sokongan dan bantuan yang telah diberikan dalam menjayakan program ini; kepada IPGM kerana menyelaraskan penyertaan peserta dari semua IPG kampus; kepada Kementerian Belia dan Sukan Malaysia yang sentiasa memberi perestuan, sokongan dan bantuan kepada semua aktiviti MMAA, serta kepada semua pihak yang menjayakan program ini.

    Syabas dan tahniah kepada semua peserta yang telah mengambil bahagian dalam pertandingan-pertandingan serta menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi.
    Laporan disediakan oleh:
    S. Sivapragasam, A.M.W.
    Setiausaha Kehormat MMAA
    Merangkap
    Pengerusi Pengelola
    Program Karnival Sukan Wanita Ke-5
    14 April 2012

    Presidents's Speech


    It is my pleasure as President of Malaysian Masters Athletic association (MMAA) to welcome each and everyone to this prestigious event. We will be hosting the 16th Asian Masters Atheletic Championship in 2010. Read More...

    Secretary's Speech


    As the Deputy Chairman of the Organizing Committee, i would like to request your wishes and support to our bidding to host the 2010 AMA Championship in Kuala Lumpur., Malaysia. Malaysia has successfully hosted the 6th Asian Veteran Athletic Championship in Kuala Lumpur in 1990. Read More...

    Contact

    Malaysian Masters Athletic Association (MMAA)
    Persatuan Olahraga Master Malaysia (POMM)
    No: 20, SS 3/49
    47300, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan
    Malaysia.
    Tel: +6013 - 3418516
    Fax: 603 - 78779514
    Email:info@mmaa.org.my, Email:mmaasiva@yahoo.com