Upacara Perasmian Pembukaan

  Dato Hj Abdullah bin Hj Mohd Dom

  Penerima A.W. Cemerlang 2011

 

Karnival Sukan Wanita yang ke-4

Pendahuluan

Karnival Sukan Wanita yang ke-4 telah dianjurkan oleh Malaysian Masters Athletic Association (MMAA) dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan Malaysia serta Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa, Lembah Kelang, Kuala Lumpur pada:
  • Tarikh : 05 Mac 2011
  • Hari : Hari Sabtu
  • Masa : 8.00 pg – 7.00 malam
  • Tempat : IPG Kampus Bahasa Antarabangsa,
  • Lembah Pantai, Kuala Lumpur.
Program tahunan MMAA ini telah dianjurkan dengan tujuan untuk menggalakkan kaum wanita melibatkan diri dalam aktiviti sukan demi menjaga kesihatan dan kecergasan diri.
PESERTA
Seramai 500 orang peserta yang terdiri daripada atlet master dan pelajar dari 17 buah Kampus Institut Pendidikan Guru semenanjung Malaysia telah menyertai dalam semua aktiviti yang telah diadakan sepanjang hari.
OBJEKTIF
Program Karnival Sukan Wanita Yang ke – 4 dapat:
  1. Memberi kesedaran tentang gaya hidup sihat dalam kalangan wanita;
  2. Memberi pengetahuan dan kemahiran dalam menjaga kesihatan diri;
  3. Meningkatkan minat dalam bidang sukan dan kecergasan;
  4. Meningkatkan silaturrahim antara atlet master dan pelajar IPG; dan Menghargai sumbangan wanita dalam pembangunan Negara.
UPACARA PERASMIAN PEMBUKAAN

Majlis Perasmian Pembukaan Program Karnival Sukan Wanita Ke-4 telah diadakan pada jam 10.00 pagi dan majlis telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Puan Wasitah bt Hj Mohd Yusof, Timblan Ketua Pengarah, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Wakil YB Menteri Belia dan Sukan Malaysia

Berikut adalah para tetamu yang telah menghadiri Upacara Perasmian Pembukaan Karnival Sukan Wanita Ke-4.

  1. Yang Berbahagia Dato’ Hj Abdullah bin Hj Mohd Dom,
    Presiden Malaysian Masters Athletic Association,
  2. Yang Berbahagia Datin Salbiah Abd Aziz
    Sektor Hal Ehwal Pelajar dan Hubungan Luar, IPGM
  3. Yang Berusaha Dr. Maznah bt Abd Samad
    Pengarah IPG Kampus Bahasa Antarabangsa
  4. Yang dihormati Puan Glory Barnabas
    Pengerusi Wanita (Womens Representative) of Asia Masters Athletics,
UPACARA PERASMIAN PENUTUPAN

Majlis Perasmian Penutupan telah diadakan pada sebelah petang jam 6.30 petang. Majlis telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Datuk Dr. Haili bin Dolhan, Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia KPM.

ATUR CARA
  • 8.00 PG : Pendaftaran pelajar
  • 8.30 pg : Senamseni oleh pelajar IPG Kampus Bahasa Melayu
  • 9.30 pg : Minuman pagi
  • 10.00 pg : Majlis Perasmian Pembukaan
  • 11.00 pg : Ceramah 1
    Penyakit Kanser
  • 12.00 tgh : Cermah 2
    Penyakit Jantung
  • 1.30 ptg : Makan tengah hari
  • 2.30 ptg : Pertandingan Fancy Dress Netball
  • 4.30 ptg : Minuman petang
  • 5.00 ptg : Larian 5KM
  • 6.30 ptg : Upacara Penyampaian hadiah dan Majlis Penutupan.


    
    
    
    
    
    
    
    
    
Copyright of Malaysian Masters Athletics Association