| Bukit Jalil Stadium |
 |
|
December 2010 in Kuala Lumpur |
 |
|
|
Karnival Sukan Wanita yang ke-3
|
Pendahuluan
MALAYSIAN MASTERS ATHLETIC ASSOCIATION (MMAA) dan SELANGOR MASTERS ATHLETIC ASSOCIATION (SMAA) telah menganjurkan program KARNIVAL
SUKAN WANITA YANG KE-3 pada 28 Mac 2009 bersamaan hari sabtu di Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Bahasa Melayu (IPGM KBM),
mulai jam 7:00pagi hingga 6:30 petang. Program ini telah dianjurkan dengan kerjasama IPGM KBM buat kali ketiga. Sebelum
ini pada tahun 2004 dan 2007 program ini telah dianjurkan dengan kerjasama IPGM KBM.
Program ini adalah bertujuan untuk memberi kesedaran tentang kepentingan kecergasan dan kesihatan kepada wanita yang terdiri daripada
atlet master wanita dan bakal guru dari Institut Pendidikan Guru Malaysia. Melalui program ini MMAA dan SMAA yakin dapat menimbulkan
semangat kesukanan dan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan peserta
Peserta
Seramai 400 orang peserta yang terdiri daripada ahli dan atlet master wanita. Pensyarah, staf dan pelajar dari IPGM, telah menyertai
dalam program ini. Atlet master dari Sabah, Johor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur telah turut menyertai program
ini.
Penyertaan bagi larian ini meningkat dari tahun ke tahun. Ini menunjukkan semangat kesukanan dan semangat patriotisme meningkat dalam
kalangan murid-murid dan guru-guru sekolah. Penyertaan daripada atlet master juga adala mengalakkan. Atlet berumur 35 tahum sampai 70
tahun ke atas telah bersama-sama mengambil bahagian dengan murid-murid sekolah.
|
|
|
|
| MMAA PResident |
 |
 |
| Copyright of Malaysian Masters Athletics Association |
|