| Bukit Jalil Stadium |
 |
|
December 2010 in Kuala Lumpur |
 |
|
|
LAPORAN KEJOHANAN OLAHRAGA MASTER TERBUKA MALAYSIA KE-24
|
Kejohanan Olahraga Master Terbuka Malaysia Ke-24 telah berlangsung dengan jayanya pada:
Tarikh : 19 -20 Jun 2010
Tempat: Stadium Majlis Sukan Negara
Bukit Jalil, Kuala Lumpur
Masa : 7.00 pagi – 6.00 petang
Kejohanan in telah dianjurkan oleh Malaysian Masters Athletic Association (MMAA) dengan kerjasama Selangor Masters Athletic Association (SMAA).
Penyertaan
Kejohanan ini telah berjaya menarik seramai 450 orang peserta dari dalam dan luar negara. Negara luar yang mengambil bahagian:
Indonesia, Hong Kong, USA, Singapura, Brunei Darussalam, United Kingdom, Thailand, Australia.
Negeri-negeri yang menyertai:
Kedah, Perlis, Penang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Kelantan, Sabah, Sarawak,
Labuan, Kuala Lumpur.
Selain daripada negeri beberapa kelab dan agensi berikut juga telah menyertainya:
- Selangor Masters Athletic Addociation
- Sabah Masters Athletic Association
- Johor Masters Athletic Association
- Kuala Lumpur Masters Athletic Association
- Malacca Masters Athletic Association
- Negeri Sembilan Veterans Athletic Association
- Pahang Veterans Athletic Association
- Penang Veterans Athletic Association
- Perak Veterans Athletic Association
- Tuan Veterans Athletic Association
- Polis Diraja Malaysia
- Persatuan Olahraga Angkatan Tentera
- Universiti Malaysia Perlis
- SMK Teknik, Taiping, Perak
Pengedaran Nombor peserta dan Mesyuarat Pengurus Pasukan
Nombor peserta telah diedarkan pada 18 Jun 2010, mulai jam 2.00 petang di Stadium Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil.
Mesyuarat Pengurus Pasukan telah diadakan pada 18 Jun 2010, jam 6.00 petang di Bilik Urus Setia kejohanan.
Seramai 40 orang pegawai telah menghadiri mesyuarat ini.
Perjalanan kejohanan
Kejohanan telah berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Semua peserta telah mengambil bahagian dengan bersungguh-sungguh.
Semua pemenang telah diberi hadiah secara teratur.
Bekas atlet kebangsaan
Beberapa orang bekas atlet kebangsaan telah mengambil bahagian dalam kejohanan ini. Di antara bekas atlet yang telah menyertai adalah seperti M. Ramakrishnan, Kamarulzaman Tahir, Andrew Lazaroo, Kenny Martin, Jane Paripuranam, Gunasegaran, David William dan lain-lain lagi. Peserta atlet master yang telah memenangi Pingat Emas, Perak dan Gangsa dalam Kejohanan Olahraga Master Asia yang telah diadakan di Chiang Mai, pada bulan Januari 2009 juga telah menyertai kejohanan ini.
Upacara Penutupan kejohanan
Majlis Perasmian Penutupan kejohanan telah diadakan pada 20 Jun 2010, jam 5.00 petang di Stadium Majlis Sukan Negara. Semasa upacara penutupan kejohanan Yang Berhormat Senator Tuan A. Kohilan Pillay, Timbalan Menteri Luar Negeri selaku ahli SMAA telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang. .
Yang Berhormat Senator telah diperkenalkan kepada semua pegawai teknik kejohanan dan AJK pengelola kejohanan.
Penyampaian hadiah dan anugerah
Semasa majlis perasmian penutupan kejohanan, beberapa anugerah dan hadiah telah disampaikan oleh tetamu khas. Di antaranya adalah:
|
|
|
|
| MMAA President |
 |
 |
| Copyright of Malaysian Masters Athletics Association |
|