Mesej Daripada Setiausaha Kehormat MMAA

Selamat Sejahtera dan Salam 1Malaysia kepada semua ahli MMAA!

Saya bagi pihak Ahli Majlis Tertinggi MMAA mengucapkan Selamat Tahun baharu kepada tuan dan puan. Semua semua ahli MMAA sentiasa dalam keadaan sihat dan sejahtera!
Saya rasa sangat gembira dapat bertemu tuan/ puan melalui buletin MMAA ini. Banyak aktiviti telah dilaksanakan oleh MMAA selama ini. Kesemua aktiviti MMAA telah berjaya menarik ramai atlet master dari seluruh Malaysia dan juga dari luar negera.

Dengan menganjurkan pelbagai aktiviti MMAA dengan jayanya, kita telah mendapat pujian dan ucapan tahniah dari banyak pihak seperti dari Kementerian Belia dan Sukan Malaysia; Majlis Sukan Negara Malaysia; Presiden WMA (World Master Athletes); Presiden AMA (Asia Master Athletes); Pesuruhjaya Sukan Malaysia dll. Semua pujian dan penghargaan ini telah memberi semangat yang tinggi kepada kita untuk meneruskan usaha untuk menjaga kesejahteraan semua ahli.

Kejohanan Olahraga Master Asia Ke-16

Pada tahun 2010 kita telah berjaya menganjurkan Kejohanan Olahraga Master Asia ke-16 (16th AMAC) di Kuala Lumpur. Seramai 2000 lebih peserta dan pegawai dari 20 negara Asia telah menyertai dalam acara yang besar ini.

Seramai 262 atlet master Malaysia telah mengambil bahagian dan memperoleh kejayaan yang sangat cemerlang. Kita telah menang 20 Pingat Emas, 24 Pingat Perak, 28 Pingat Perak dan telah mendapat tempat ke – 6 keseluruhannya. Ini adalah satu kejayaan yang sangat cemerlang. Saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua ahli MMAA yang telah memperoleh kejayaan dalam semua aktiviti MMAA, kejohanan olahraga master di luar Negara serta atas sokongan dan kerjasama yang telah diberikan untuk menjayakan semua aktiviti kita.

Pihak MMAA selain daripada mengelola pelbagai aktiviti, juga memberi sedikit sumbangan dan insentif kepada atlet-atlet master. Atlet master Negara yang menyertai dalam Kejohanan Olahraga Master Asia dibekalkan dengan:

  • Baju trek dan seluar trek
  • Shorts dan running vest
  • Bag
  • Cap
  • Buku cenderamata
  • Elaun
  • Atlet-atlet yang memenangi pingat juga diberi sedikit insentif dalam bentuk wang tunai. MMAA merupakan satu badan ‘non profitable’ tetapi masih lagi mencari penajaan untuk memberi sedikit insentif kepada atlet-atlet yang menyertai dalam peringkat Asia dan Dunia, di samping mengelola pelbagai aktiviti untuk memberi peluang kepada ahli kita agar sentiasa sihat dan cergas.

    Anugerah Cemerlang penganjur Kejohanan Olahraga Master Asia Ke-16

    Sukacita dimaklumkan bahawa Setiausaha Kehormat MMAA telah diberi anugerah cemerlang sebagai penganjur terbaik kejohanan olahraga master Asia, di Taiwan pada tahun 2013 oleh Persatuan Olahraga Master Asia (AMA) . Setiausaha Kehormat MMAA juga telah dipilih sebagai ahli teknik AMA (AMA technical council member).

    Peraturan World Masters Athletics (WMA)

    Untuk makluman semua, penyertaan atlet master tidak ada pemilihan – semua yang berumur 35 tahun ke atas mesti diberi peluang untuk menyertai dalam mana-mana peringkat kejohanan. MMAA tidak pernah menghalang sesiapa pun daripada menyertai dalam mana-mana kejohanan (ini adalah peraturan (WMA). MMAA sentiasa menggalakkan ahli kita untuk sentiasa berlatih dan menyertai dalam aktivit-aktiviti yang mereka berminat.

    Penyertaan atlet master dalam Kejohanan Olahraga Master Terbuka Malaysia

    Tetapi didapati ada atlet master yang tidak berminat menyertai dalam kejohanan di Malaysia, tetapi berminat menyertai dalam kejohanan peringkat Asia dan Dunia. Sikap ini pihak MMAA rasa tidak wajar. Sepatutnya semua ahli mestilah menyertai di peringkat negarea untuk mendapatkan pengalaman dan untuk memberi sokongan kepada semua aktiviti kita sebelum pergi ke peringkat Asia!

    Jadi kami berharap, pada masa-masa akan datang semua yang berminat untuk menyertai dalam kejohanan peringkat Asia akan menyertai dalam kejohanan olahraga master di Malaysia dahulu (kecuali pada masa itu ada kerja lain yang penting atau tidak sihat).

    Penganjuran aktiviti oleh Persatuan Olahraga Master Negeri

    Pihak MMAA juga sangat gembira kerana beberapa Ahli Gabungan MMAA, iaitu beberapa Persatuan Olahraga Master Negeri telah menganjurkan Kejohanan Olahraga Master peringkat negeri – ini dapat memberi banyak peluang kepada ahli-ahli kita untuk mengambil bahagian dalam banyak acara. MMAA sentiasa memberi sokongan dan kerjasama kepada semua pihak dalam hal ini. MMAA mengucapkan tahniah kepada semua Ahli Gabungan!

    Kesejahteraan atlet master Malaysia

    MMAA sentiasa memikirkan tentang kesejahteraan semua ahli dan tidak pernah tidak adil kepada mana-mana pihak. Kami sangat berharap semua ahli di seluruh Malaysia dapat memahami kekangan-kekangan yang dihadapi oleh MMAA serta menghargai semua usaha kami sepanjang masa. MMAA tidak mendapat sebarang tajaan daripada mana-mana pihak NGO kecuali Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dan Majlis Sukan Negara Malaysia untuk aktiviti-aktiviti yang dijalankan pada setiap tahun.

    Sukan kita bukanlah sukan Elite dan tidak membawa publisiti yang besar. Lagi pun dalam sukan kita, semua boleh menyertai, tidak ada had sebab tujuan utama ‘Master Movement’ ialah untuk memberi peluang kepada ahli-ahli master berlatih, menyertai dalam aktiviti di samping meningkatkan aspek sosial masing-masing – demi kesejahteraan hidup ahli master!

    Walau bagaimanapun pihak MMAA telah beberapa kali memohon Kementerian Belia dan Sukan Malaysia untuk memberi insentif kepada atlet-atlet master yang memenangi pingat di peringkat Asia dan Dunia.

    Permohonan ini tidak dipertimbangkan kerana dalam sukan kita terdapat banyak kategori; dalam banyak acara hanya terdapat 3 atau kurang peserta; dan tidak had kelayakan untuk menyertai. Kekangan-kekangan sebeginilah yang menjadi halangan untuk mempertimbangkan perkara ini. Walau bagaimanpun pihak MMAA masih berharap Kementerian Belia dan Sukan dapat mempertimbangkan permohonan kita ini. Kertas kerja telah diserahkan kepada pihak kementerian.

    Menyertailah demi kepuasan diri, kesihatan diri dan silaturrahim!

    Saya menyeru kepada semua atlet master agar menyertailah dalam sukan dengan tujuan untuk meningkatkan tahap kesihatan diri; meningkatkan tahap emosi diri; meningkatkan bilangan kawan di sekeliling kita yang akan sentiasa memberi kebahagian kepada kita; menyertailah untuk kepuasan diri dan untuk kesejahteraan hidup dalam zaman ini yang banyak cabaran dan tekanan. Menyertailah dalam sukan untuk ketenangan diri!>

    Selamat tahun baharu kepada semua ahli yang saya hormati!
    S. Sivapragasam, A.M.W.
    Setiausaha Kehormat MMAA

    Presidents's Speech


    It is my pleasure as President of Malaysian Masters Athletic association (MMAA) to welcome each and everyone to this prestigious event. We will be hosting the 16th Asian Masters Atheletic Championship in 2010. Read More...

    Secretary's Speech


    As the Deputy Chairman of the Organizing Committee, i would like to request your wishes and support to our bidding to host the 2010 AMA Championship in Kuala Lumpur., Malaysia. Malaysia has successfully hosted the 6th Asian Veteran Athletic Championship in Kuala Lumpur in 1990. Read More...

    Contact

    Malaysian Masters Athletic Association (MMAA)
    Persatuan Olahraga Master Malaysia (POMM)
    No: 20, SS 3/49
    47300, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan
    Malaysia.
    Tel: +6013 - 3418516
    Fax: 603 - 78779514
    Email:info@mmaa.org.my, Email:mmaasiva@yahoo.com