Bukit Jalil Stadium

  December 2010 in Kuala Lumpur

Merdeka Run
Larian Merdeka ke-3 Menuju ke Arah 1 Malaysia

Pendahuluan

Larian Merdeka yang ke-3 "MENUJU KE ARAH 1 MALAYSIA" telah berlangsung pada 15 Ogos 2009, pada 4.00 petang, di SK Sultan Hishamuddin, Kuala Lumpur. Larian Merdeka yang diadakan buat kali ke-3 ini adalah bertujuan untuk meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia terutamanya murid-murid sekolah rendah, di samping merapatkan jurang di antara atlet master dengan murid-murid sekolah rendah.

Anjuran

Larian ini merupakan anjuran Persatuan Olahraga Master Malaysia (POMM / MMAA), Persatuan Olahraga Master Selangor (SMAA) dengan kerjasama Persatuan Kebangsaan Kelab-Kelab Apex Malaysia.

Penyertaan

Sambutan dari sekolah-sekolah adalah sangat menggalakkan. Seramai 700 orang murid sekolah rendah dari 48 buah sekolah, dan atlet master telah menyertai dalam larian ini. Murid-murid sekolah telah datang dari Pahang, Johor, Negeri Sembilan, Perak, Selangor, dan Wilayah Persekutuan. Sekolah-sekolah yang menyertai terdiri daripada Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).

Penyertaan bagi larian ini meningkat dari tahun ke tahun. Ini menunjukkan semangat kesukanan dan semangat patriotisme meningkat dalam kalangan murid-murid dan guru-guru sekolah. Penyertaan daripada atlet master juga adalah mengalakkan. Atlet berumur 35 tahum sampai 70 tahun ke atas telah bersama-sama mengambil bahagian dengan murid-murid sekolah.

  Merdeka Run  
    MMAA President
  Merdeka Run  
  Merdeka Run  
Copyright of Malaysian Masters Athletics Association