Upacara Perasmian Pembukaan

  Dato Hj Abdullah bin Hj Mohd Dom

  Penerima A.W. Cemerlang 2011

 

Karnival Sukan Wanita yang ke-4

PENYAMPAIAN INSENTIF KEPADA ATLET MASTER

Seramai 62 orang atlet master Malaysia telah dihadiahkah insentif oleh MMAA sebagai penghargaan kerana memenangi pingat dalam Kejohanan Olahraga Master Asia Ke-16, pada 6 – 12 Disember 2010 yang telah dianjurkan oleh MMAA dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Master atlet ini telah diberi wang tunai, trofi dan sijil.

PENYAMPAIAN ANUGERAH
Bersempena dengan program ini, beberapa orang wanita dan pegawai sukan telah diberi anugerah khas sebagai menghargai sumbangan mereka dalam bidang sukan.
    PENERIMA ANUGERAH WANITA CEMERLANG 2011H

  1. 1.SAIK OOI CUM
    PENERIMA PINGAT EMAS DALAM SUKAN ASIA 1978 (Bangkok)
    DAN SUKAN SEA DALAM ACARA 400M
  2. 2. G. SANTHI A/P GOVINDASAMY
    PENERIMA PINGAT EMAS SUKAN SEA 1991 DAN 1997
    ACARA 100M & 200M
  3. 3.NORSHAM YOON
    PEMENANG 6 PINGAT EMAS DALAM SUKAN SEA 1985 DAN 1989
    DALAM ACARA MEREJAM LEMBING
  4. 4. MADAM GLORY BARNABAS ( DARI SINGAPURA )
    PEMENANG PINGAT DALAM 7 SUKAN SEAP/SEA
    PENGERUSI WANITA DALAM ASIA MASTERS ATHLETICS
    PEMENANG PINGAT DALAM
    KEJOHANAN OLAHRAGA MASTER ASIA DAN DUNIA.

  5. ANUGERAH ATLET TERBAIK IPG
    Seramai 17 orang atlet wanita terbaik dari 17 Institut Pendidikan Guru telah diberi anugerah khas oleh MMAA atas pencapaian cemerlang mereka dalam sukan.

    Selain daripada bekas atlet kebangsaan, pegawai-pegawai berikut telah menerima anugerah daripada MMAA atas sumbangan mereka dalam bidang sukan:

    PENERIMA ANUGERAH KHAS PEGAWAI SUKAN

    1. EN. MOHD TAHIR KAMARUZAMAN
    Ketua Jabatan HEP, IPG Kampus Bahasa Antarabangsa Pegawai ini telah banyak menyumbang dalam bidang Kokurikulum terutamanya di Bahagian Pendidikan Guru dan di IPG. Beliau mempunyai visi yang luas, dengan itu telah merancang dan melaksanakan banyak aktiviti khas untuk pelajar IPG dengan cemerlang. Di bawah pimpinannya beberapa kursus khas peringkat kebangsaan untuk pensyarah dan pelajar telah laksanakan. Pegawai ini juga telah banyak memberi sumbangan kepada aktiviti - aktiviti masters.

    2. TUAN HJ SHUKOR MOKHSIN
    Pegawai yang sangat berpengalaman dalam banyak bidang, dan telah berkhidmat di Bahagian Pendidikan Guru semenjak tahun 1981, selama 25 tahun. Beliau telah menentukan paradigma yang baharu untuk bidang kokurikulum di semua maktab-maktab perguruan pada masa itu. Beliau juga telah memberi sumbangan yang cemerlang dalam pembangunan bidang Olahraga di mana beliau telah melatih atlet berjalan kaki kebangsaan untuk Sukan Asia dan Sukan SEA. Sumbangan beliau kepada Kesatuan Olahrga Amatur Malaysia adalah sangat membanggakan semasa prestasi atlet olahraga berada dalam tahap yang sangat tinggi. Beliau juga berpengaruh dalam bidang Unit Beruniform dan memegang jawatan Pesuruhjaya Tinggi Pengakap.

    3. CIK KALAIVALLI A/P R. RATNAM
    Pensyarah IPG Kampus Bahasa Melayu Beliau merupakan jurulatih kebangsaan olahraga yang bertauliah dan pernah melatih atlet-atlet ke peringkat Asean Schools Championships. Telah menceburkan diri dalam bidang sukan semenjak 1973 sebagai ahli sukan, jurulatih dan pengurus sukan. Beliau telah bertugas sebagai Penolong Pengurus Environment dalam Sukan Komanwel 1998. Beliau telah dilantik sebagai Penolong Setiausaha Pengelola Kejohanan Olahraga Veteran Asia tahun 1990, dan telah dilantik sebagai Setiausaha Pengelola Kejohanan Olahraga Master Asia Ke-16 tahun 2010. Beliau merupakan wanita pertama di Malaysia untuk memegang jawatan Setiausaha Pengelola bagi Kejohanan peringkat Asia. Selain daripada itu beliau telah mengelola pelbagai kejohanan, seminar kesihatan serta memberi ceramah Gaya Hidup Sihat dan dalam Kurus Kejurulatihan Olahraga semenjak tahun 1980. Beliau juga telah menghadiri Mesyuarat Teknik Olahraga Asia di Jepun pada 2010 dan telah mengendalikan kursus teknik untuk pegawai-pegawai di Malaysia.

    
    
    
    
    
    
    
    
    
Copyright of Malaysian Masters Athletics Association