Bukit Jalil Stadium

  December 2010 in Kuala Lumpur

Karnival Sukan Wanita yang ke-3

Senamrobik

Acara senamrobik telah diadakan selama 40 minit mulai 8.20-9.00 pagi di Dataran Budi IPGM Kampus Bahasa Melayu. Acara ini telah dikendalikan oleh Puan Sabariah dari Nasional Fitness Council

Perasmian Program

Upacara Perasmian program telah diadakan pada 9:30 pagi, di Dewan Za'ba, IPGM Kampus Bahasa Melayu. Yang Berbahagia Puan Hajah Zaharah bt Hj Abd Hamid,Timbalan Ketua Pengarah, Bahagian Sukan, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia telah sudi merasmikan program ini.

Tetamu kehormat telah disambut dengan bunga manggar, paluan kompang dan Gordang Sembilan, dan persembahan Silat oleh peserta wanita.

Penyampian Anugerah

Anugerah khas MMAA telah disampaikan kepada tiga kategori wanita dalam majlis perasmian tadi
  1. Anugerah kepada Olahragawati dari IPGM yang disampaikan oleh YBhg Dato' Hj Abdullan Hj Mohd Dom, Presiden MMAA


  2. Anugerah khas kepada atlet master wanita yang telah memenangi pingat emas individu dalam Kejohanan Olahraga Master Asia pada 12-17 Januari 2009, di Chiang Mai, Thailand. Anugerah ini disampaikan oleh Yang Berusaha Puan Soriah bt Abdullah Pengarah IPGM Kampus Bahasa Melayu


  3. 3. Anugerah Wanita Gemilang
    Anugerah ini merupakan anugerah yang diberikan oleh MMAA kepada bekas atlet wanita yang telah mengharumkan nama Negara diperingkat antarabangsa. Penerima anugerah pada kali ini adalah:


    • Cik Annie Choong Beng Hiok berumur 75 tahun. Atlet wanita pertama untuk mewakili Malaysia dalam sukan Olimpik diMelbourne, Australia pada tahun 1956


    • Puan V.Angammah berumur 55 tahun. Atlet wanita kebangsaan yang telah mewakili Negara dalam Sukan Asia / Sekan SEA dan pernah mencatatkan rekod baharu dalam acara 800m dalam Sukan SEA.
Ceramah Seramai 2 orang penceramah telah memberi ceramah:
  1. Dr.Syahidah Syed Hamid Tamin,
    Pakar Kardiologist dari Institut Jantung Negara, Penyakit Jantung dalam kalangan wanita
  2. Puan Habiba bt Abd Rahman dari MAKNA
    Penyakit kanser dalam kalangan wanita
Fancy Dress Netball

Sebanyak 5 pasukan telah menyertai pertandingan ini. Semua pasukan telah memakai pakaian beragam dan telah bertanding dengan pasukan-pasukan lain. Pasukan pemenang pertama, kedua dan ketiga telah dipilih berdasarkan kepada pakaian dan cara mereka bermain.
Johan : pasukan Butterfly dari Sabah
N. Johan : pasukan Rose dari Selangor
Ketiga : pasukan Hula-Hula dari IPGM KBM
APEX CLUB OF KUALA LUMPUR

Pihak Apex Club of Kuala Lumpur telah membawa klinik bergerak dental dan telah menjalankan pemeriksaan gigi kepada para peserta. Mereka telah berkhidmat dari jam 1.00 petang hingga 4.00 petang. Rombongan ini telah diketuai oleh Dr. Mnohandas dan Encik Selvarasan, Presiden Kelab Apex Kuala Lumpur.

Larian LEBUHRAYA 5KM

Larian lebuhraya ini telah diadakan pada jam 4.30 petang. Yang Berbahagia Datin Asariah bt Mior Shaharuddin , Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Sektor Pembangunan dan Profesionalisme Keguruan telah merasmikan larian ini dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada semua pemenang dalam larian dan Fancy Dress Netball . Seramai 300 orang peserta yang terdiri daripada pelajar IPGM, atlet master wanita dan lelaki mengambil bahagian dalam larian ini.

    
    MMAA President
    
    
    
Copyright of Malaysian Masters Athletics Association